Sunday, February 8, 2009

FIKIRKAN JIKA INI TERJADI!!!

***Sesuatu Yang Mungkin Anda Tidak Terfikir***

JIKA INI TERJADI, APA KOMEN ANDA????

1. Anda pergi ke tengah laut dengan menaiki bot bersama-sama Ibu dan ayah anda. Sambil menikmati bayu laut yang begitu lembut membelai wajah anda, tiba-tiba bot itu bocor. Di dalam bot itu hanya ada satu pelampung kecil kepunyaan anda yg boleh memuatkan 2 org sahaja. Sesuatu yang sangat buntu untuk anda fikirkan. Siapa anda mahu selamatkan? Ibu atau ayah anda? Anda buntu lalu ingin menyelamatkan kedua-duanya sekali. Lalu anda memuatkan kedua-duanya sekali diatas pelampung itu. Namun, 3 orang diatas pelampung itu seakan-akan tidak berfungsi. Anda masih tetap perlu membuat keputusan. Ibu atau ayah anda?



2.Satu hari anda bersama kawan anda pergi bercuti ke Paris. Ketika bersiar-siar di kota Paris, anda terpisah dari meraka dan anda tidak tahu bagaimana untuk menghubungi meraka. Anda juga ketiadaan wang dan tidak tahu berbahasa Perancis. Anda terus belenggu dan terus mencari jalan pulang. Setelah penat mencari dan masih gagal mencari, rakan-rakan anda telah kembali ke Malaysia. Apa yang patut anda lakukan di tengah2 kota Paris dengan tidak mengenali sesiapa dan ketiadaan wang?



3. Hobi anda adalah melayari internet. Anda mempunyai seorang kawan homoseksual dan dia memberitahu anda bahawa pensyarah anda menyertai dan mempunyai profile di sebuah website homoseksual. Lalu anda membuka profile tersebut dan semua gambar yang terpapar di website itu adalah gambar pensyarah anda. Apa yang patut anda lakukan? Apa yang berlegar di fikiran anda?


4. Anda merupakan anak kesayangan ibu anda. Pada suatu hari, anda membuat suatu kesalahan yang sangat sukar untuk dimaafkan oleh ibu anda. Pada masa itu anda tidak bertegur dengan ibu anda selama seminggu. Ibu anda juga tidak gemar memandang anda. Semakin hari, ibu anda mulai membenci anda dan tidak mempercayai anda. Apakah yang patut anda lakukan? Apa perasaan anda ketika itu? Kemana arah tuju anda?

5.Anda merupakan rakan internet yang setia. Pada suatu hari ketika anda sedang ber chatting di yahoo messenger, seorang kawan anda menegur anda dan memberitahu sesuatu yang sangat memeranjat kan. Anda mendapati bahawa seseorang telah menyebarkan gambar anda yang tidak berpakaian. Anda dalam dilemma dan terus berfikir lalu terus buntu dengan semua yang terjadi. Ketika itu anda sangat menyesali bahawa anda menyimpan gambar anda yang tidak berpakaian didalam pc anda. Namun hakikat yang anda perlu terima ialah seseorang telah mencuri gambar tersebut lalu menyebar kan gambar itu. Hari berikutnya, 2 orang lagi sahabat anda menegur bahawa mereka melihat gambar tersebut. Apa yang patut anda lakukan?


BERSEDIA LAH DENGAN DUGAAN DAN UJIAN DARI TUHAN YANG ESA DENGAN APA YANG BAKAL MENUNGGU DIHADAPAN ANDA. SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA. FIKIR-FIKIRKAN.......



No comments: