Friday, September 5, 2008

Dugaan mu tuhan untuk ku......

+Monolog Aku Buatmu Insan Kamil+
Aku pedih, pahit, hancur, luka....... itulah kata yang dapatku gambarkan tehadap dugaan yang menimpa diriku..... Sukar sekali aku menerima. Tapi, aku sentiasa beranggapan positif terhadapmu tuhan yang Maha Esa diatas ujian mu. Mungkin ini dapat menjadi pengajaran kepada ku untuk aku menjadi lebih tegar dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Namun, aku sentiasa berdoa agar insan itu sentiasa mendapat hidayah dari mu tuhan yang Maha Berkuasa diatas kesilapannya terhadap diriku. "Sabar" itulah perkataan pertama yg aku ungkapkan bila tragis ini menyelami diriku. Itulah tujuan kau Yang Maha Esa menguji ku...."sabar". Sehingga kini aku masih lagi sabar terhadap insan itu. Kebodohan diriku membuatkan aku jadi serpihan-serpihan kaca yang menikam diriku sendiri. Masa yang berlalu sudah pasti tidak dapat ku ulangi kembali. Tapi yang pasti ialah mengambil iktibar dari kesilapan masa lalu. Ku tahan perasaan ini siang dan malam. Ku simpan dalam-dalam agar teman-teman seperjuangan ku tidak tahu kata hati ku.


Kepada mu seorang insan, terima kasih diatas apa yang kau lakukan. Kerana kesilapan mu aku menjadi lebih tegar untuk menjalani hidup ku pada hari ini dan hari-hari di depan ku. Namun, kesilapan mu bukan lah milik ku lagi di masa hadapan. Akan ku lunturkan semua kebodohan diriku di masa lalu. Kerana itu adalah racun yang bisa buat diriku jatuh tersungkur di lembah dunia kehinaan. Padamu insan,ku harapkan dirimu juga dapat menyalin kebodohan dirimu dengan kecerdikan. Dirimu akan sentiasa berada dalam doa ku. Kan ku pohon hidayah untuk mu. Ku tahu dirimu bagai bintang malam yang berkelipan, tapi bukan begitu mengajar aku erti sebenar kebodohan. Pulanglah dikau pada jalan-jalan kebenaran yang "Dia" (tuhan) ciptakan..... Kuharapkan dirimu akan menjadi bintang yang lebih bersinar disamping bulan purnama yang menerangi malam kelam. Namun satu pesanku, ingat lah tuhan mu. Janganlah dikau sakiti insan-insan yang lemah seperti diriku. Ingatlah pesan ku wahai teman. Kerna aku tidak sanggup merasai keperitan dugaan yang kau berikan.... Ku harapkan kau kan bahagia di hari-hari yang mendatang. Semoga tuhan merahmati dirimu.......

No comments: