Monday, April 12, 2010

-Aku Dalam Dilema-

>>>Bukan Niatku<<<




Itu terlalu awal buatku menghadapinya. Kau terlalu cepat memberi harapan. Namun aku tidak mahu kau mengharap kerana aku tahu kita akan berpisah. Cukuplah sekadar ikatan persahabatan. Maafkan aku kerana terlewat memberi berita pemergian ku. Maafkan aku! Bukan niat ku untuk menyakiti mu. Aku pergi mengejar cita-cita. Maaf kan aku. Aku benar-benar bersalah padamu. Di saat ini, kau buat aku tidak mahu pergi ke mana-mana kerana aku mahu dekat padamu. Aku dapat rasakan hati kita bersama. Aku tahu lagu cintamu hanya untuk insan terpilih. Kau telah nyanyikan padaku tetapi janganlah sesekali kau sesali. Kau telah beri harapan padaku. Aku tidak mahu tinggal kan dirimu. Tapi aku tertanya-tanya. Antara cinta atau cita-cita? Aku percaya, hati aku memilih cinta.... Mengapa terlalu lewat kau hadir dalam hidup ku di saat aku mahu pergi jauh dari sini? Tapi aku pasrah dengan apa yang terjadi ini. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Aku mungkin memilih antara cinta dan cita-cita. Tapi, aku bisa memilih kedua-duanya. Tunggulah kehadiranku....